PROFIL

MATLAMAT
Koperasi Sri Jembal Kelantan Berhad ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.  Anggota koperasi ini terdiri daripada anggota Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) dan Kerabat Raja Jembal yang menetap di Kelantan kecuali daerah kecil Lojing.

Bagi mencapai matlamat dan fungsinya, maka koperasi akan menjalankan aktiviti pertanian, aktiviti industri kecil dan sederhana, menjalankan aktiviti kontrak, pelaburan dan sebagainya mengikut undang-undang kecil koperasi.

VISI 
Menjadi koperasi keluarga yang terkemuka, berdaya maju dan kompetetif dalam memberikan perkhidmatan kepada anggotanya berorientasikan prinsip pergurusan perniagaan Islam yang dinamik.


MISI 
*  Meningkatkan taraf ekonomi anggota.
*  Menanamkan budaya saling membantu di kalangan anggota.
*  Menjaminkan pulangan terbaik untuk anggota.
*  Menyediakan perkhidmatan dan produk yang bermutu untuk anggota melalui pengurusan dana yang efisyen dan amalan perniagaan yang telus dan jujur.