Wednesday 27 February 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-1

Koperasi Sri Jembal Kelantan Berhad telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-1nya pada 24 Februari 2013 di Hotel Raudah, Kota Bharu.   Majlis Perasmiannya telah dilakukan oleh YBrs Tuan Hj. Wan Abdul Halim bin Wan Abdul Razak.  Turut hadir YM Hj. Nik Yusuf bin Nik Mohammad, Yang Dipertua Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan.

Mesyuarat Agung berjalan lancar dan ketiga-tiga Anggota Lembaga Koperasi yang digugurkan telah dilantik semula.

 Dari kiri: YM Tuan Noryana (Bendahari), YM Hj. Nik Abdullah (ALK), YM Hj. Tuan Harun (Pengerusi), YM Hj. Tuan Zakaria (ALK), YM Tuan Mohd Nor (Setiausaha), YM Raja Ibrahim (ALK), YM Hj. Raja Yusof (ALK)

Friday 25 May 2012

PEJABAT KOPERASI

Pejabat Koperasi akan beroperasi mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad hingga Khamis.

Wednesday 7 March 2012

BAJU T

T-Shirt bersulam logo Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan telah siap untuk dijual.  Diperbuat daripada kain cotton dalam 5 saiz iaitu M, L, XL, XXL dan XXXl.  Dijual dengan harga RM35.00 sehelai (tidak termasuk belanja pos).  Sila gunakan borang di menu PESANAN.

Thursday 1 March 2012

TUALA BERSULAM LOGO

Tuala berukuran 30cm x 60cm buatan Pakistan, 100% cotton, serap air terdapat dalam 4 warna iaitu kuning, hijau, biru dan pink.  Bersulam logo Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan berserta tulisan dijual dengan harga RM25.00 sehelai (tidak termasuk belanja pos). Tempahan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pesanan yang terdapat di MENU PESANAN.

Saturday 18 February 2012

KURSUS

3 orang Ahli Lembaga Koperasi akan menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang akan diadakan di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya pada 20 Februari hingga 22 Februari 2011. Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi adalah merupakan kursus wajib kepada Ahli Lembaga Koperasi dan kursus ini dijalankan secara percuma untuk anggota koperasi.

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang akan menghadirinya untuk siri ini ialah YM Tuan Harun, YM Nik Abdullah dan YM Raja Ibrahim.  Mereka akan berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam ini (19/2/2012), semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali untuk berbakti kepada Koperasi Sri Jembal Kelantan Berhad.  

SELAMAT BERKURSUS

Saturday 14 January 2012

ALK Koperasi


Duduk dari kiri: YM Tuan Harun (Pengerusi ALK), YM Nik Yusuf (YDP PKRJK) YM Tuan Zakaria (ALK/TYDP PKRJK) YM Tuan Noryana (Bendahari)
Berdiri dari kiri: YM Tuan Mohd Nor (Setiausaha), YM Nik Abdullah (ALK) YM Tengku Azmi (ALK) YM Raja Ibrahim (ALK) YM Tengku Ab. Aziz (ALK) YM Raja Yusuf (ALK)